Qardhawi seru negara umat Islam bantu Mesir

Qardhawi seru negara umat Islam bantu Mesir

Harakahdaily,
30 Jul 2013


MESIR: Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyeru negara-negara Umat Islam bertindak memberi tekanan kepada kerajaan sementara Mesir yang dipimpin tentera agar menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat mereka sendiri.

Bercakap di stesen Al-Jazeera yang turut disiar secara langsung kelmarin, Qaradhawi berkata negara umat Islam termasuk Malaysia dan Indonesia mempunyai kewajipan membantu rakyat Mesir yang sedang dizalimi.

“Umat Islam di seluruh dunia, di Indonesia, Malaysia (beliau menyebut beberapa lagi negara…) mempunyai tanggungjawab untuk menolong saudaranya di Mesir, agar menghentikan pertumpahan darah ini,” katanya.

Kenyataan Qardhawi dibuat dalam keadaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat masih lagi berdiam diri, tanpa sebarang pendirian konkrit berhubung kudeta dan pembubuhan beramai-ramai oleh tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi.

Dalam tragedi terbaru menjelang Subuh Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi dilaporkan terbunuh di Raba’ah manakala lebih 4000 cedera apabila dibedil dengan peluru hidup oleh pasukan polis Mesir dan samseng upahan mereka.
Berikut antara mesej yang disampaikan Qaradhawi: [LIHAT VIDEO]
1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi beranggapan dia telah diberikan “kuasa” melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan “kuasa” itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai “boneka”dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai “kerajaan zalim”.

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau berkata, korban syuhada itu bukan hanya dari kelompok Ikhwan, tapi semua elemen rakyat turun jalan menuntut konstitusi dan legitimasi dikembalikan. Apakah kalian tidak rasa bersalah membunuh orang yang sedang Solat?

6) Beliau menyeru, polis dan tentera, agar tidak mentaati pemimpin yang menyuruh maksiat dan zalim.”Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam bermaksiat” (Maksud Hadis).

7) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. “Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar.”

8) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. “Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku.”

9) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba’ah dengan damai dan “jangan takut”. Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. “Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba’ah.”

http://bit.ly/jutawancash 100 Suri rumah dan pelajar IPT jana side income sambilan cara mudah dan pantas sambil online facebook di rumah/pejabat! $$Best~PAY PER KLIK JANA RM5,000 SEBULAN! 100 JAWATAN KOSONG JANA WANG RM1,000 EKSPRES SEMINGGU! JADIKAN LAPTOP ANDA MESIN MENCETAK WANG! RAHSIA ORANG KAYA BUAT DUIT DARI INTERNET! Like & share 

 

One thought on “Qardhawi seru negara umat Islam bantu Mesir

  1. flatsoled zapatos de Australia est谩n relajados a tener
    ugg Australia
    , ugg Australia
    , ugg baratas

    Tiempo construido a tiempo botas Ugg est谩n formadas en verdad una simple frase durante el lujo sin embargo en la relajaci贸n de su globo su expresi贸n s贸lo copyright dispositivo durar谩 por un Estados Unidos organizaci贸n pa铆ses.
    ugg boots
    , ugg Australia
    , ugg baratas

    ugg baratas
    , ugg Australia
    grado australia botas altas t铆pico pueden usarse descalzo elevar el diploma de formaci贸n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s