Mujur Umno BN gagal rampas Selangor PRU13 lalu

Mujur Umno BN gagal rampas Selangor PRU13 lalu

 

05 Ogs 2013

 

Mujur UMNO BN Gagal Rampas Selangor Pada PRU13 Yang Lalu….

Rezab Selangor Hampir Cecah RM3 Bilion

Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang.

“Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.

“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” kata Abdul Khalid .

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pasaraya Besar Econsave, Pandamaran di sini.

Ujar, Abdul Khalid memberitahu pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab Kerajaan Negeri.

Sebaliknya menurut beliau, jumlah rezab tersebut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.

“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujar Abdul Khalid lagi. -selangorku

ULASAN GB

Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu. Jika tidak, habis dikitainya dan lunyailah wang rezab Selangor yang 3 billion itu.

Apa yang GB tertarik ialah kenyataan MB Selangor: “Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran”.

Ini adalah perbelanjaan berhemah seperti dianjurkan oleh al-Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49. Apa yang dapat kita faham daripada cerita al-Quran ini ialah seluruh rakyat sesebuah negeri itu perlu sedar dan sentiasa siap sedia untuk melalui masa gawat dan kesempitan. Mereka hendaklah sanggup merobah sikap untuk berjimat cermat atau berhemah dalam perbelanjaan setiap masa supaya dapat mengharungi sebarang ujian dan dugaan dalam kehidupan ini dengan penuh keselesaan.

Firman Allah yang bermaksud: Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata:`Sesungguhnya aku mimpi melihat; tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai mentakbirkan mimpi’.

Mereka menjawab: `Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu’. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah berlaku sesuatu masa yang lanjut: `Aku akan memberitahu kepada kamu takbirnya. Oleh itu hantarlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui takbirnya)’. (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia); “Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Takbirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (takbirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui takbirnya’.

Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan’. `Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)’.

`Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)’ – (surah Yusuf ayat 43 hingga 49).

Nabi Yusuf dapat mengetahui apa yang akan berlaku dengan ilham dan wahyu Tuhannya tetapi kita sekalipun tidak tahu tetapi kalau kita semua dapat membuat persediaan sepanjang masa, tentulah sesuatu keadaan itu dapat diatasi sebaik-baiknya.

Allah menjelaskan bahawa orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Tabiat membazir amatlah dibenci Allah dan sebaliknya amat disukai syaitan, sedangkan syaitan itu menjanjikan kekafiran. Oleh itu hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbelanjaan seharian.

Islam mengeji perbuatan boros sebaliknya menggalakkan sifat berhemah. Dalam al-Quran Allah menyebutkan yang maksudnya, Dan orang-orang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian – (surah al-Furqan ayat 67).

Oleh kerana itu Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk mengambil sifat di antara kedua-dua sifat tadi iaitu berlaku hemah dalam mengeluarkan harta atau perbelanjaan. Hemah bererti tidak cenderung kepada kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan atau pembaziran.Tegahan dan larangan bersifat boros juga sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, maksudnya: Sesiapa yang berjimat cermat, tentu Allah memberikan kekayaan kepadanya. Dan sesiapa yang boros, tentu Allah menjadikannya miskin. Dan sesiapa yang merendah diri, tentu Allah akan mengangkat (darjatnya) dan sesiapa yang bongkak atau sombong nescaya Allah akan memutuskannya (memusuhinya).

Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan.

 

PROJEK KAYA BULAN SYAWAL 2013 JANA RM10,000=Bonus Realtime harian RM100 – RM1,000! Produk hantar percuma seluruh Malaysia! Tabung kereta, rumah, kepimpinan dan kongsi keuntungan syarikat!  SISTEM UNIK =RAHSIA JANA RM100,000 DALAM 6 BULAN~JUTAWAN INTERNET SPEEDRICH99! Shah Jehan Team Speedrich99 = DAFTAR PERCUMA DI SINI:    http://bit.ly/jutawancash >BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! 1 klik dapat RM100! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s