Bantahan SPPBS memuncak di laman sosial

Bantahan SPPBS memuncak di laman sosial

 

Harakahdaily, 14 Nov 2013

 

KUALA LUMPUR:Masalah dihadapi para guru dalam mengakses pangkalan data Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) menyebabkan sebahagian warga pendidik melepaskan rasa tidak puashati mereka di laman sosial.

Ada di antara warga pendidik yang menggunakan kemahiran audiovisual memuat turun klip video berhubung SPPBS di laman Youtube.

Satu  klip video yang dimuat turun di Youtube dan dikongsi secara meluas di laman facebook  menunjukkan bagaimana paparan imej SPPBS di skrin komputer dimusnahkan peluru berpandu Exocet.

Ada juga guru yang kreatif berkarya menulis gurindam berhubung SPPBS. Karya bertajuk “SPPBS tak siap lagi” berbunyi:

Masuk kelas sebelah pagi
ikut jadual waktu sendiri
SPPBS tak siap lagi
perut belum diisi kopi.

Ada kerja sedia menanti
SPPBS tak siap lagi
hulur tangan nak buka lappy
mulut penuh mengunyah roti.

Masa makan masa free
SPPBS tak siap lagi
habis sejam masa berlari
satu apa pun tak menjadi.

SPPBS tak siap lagi
server lembab siput babi
masuk kelas lagi sekali
cuba lagi di rumah nanti.

SPPBS tak siap lagi
cuba lagi di petang hari
mujur ada broadband sendiri
tapi nasib tidak menyebelahi.

Sebelah kanan dengkur suami
si anak kecil di sebelah kiri
malang nasib jadi begini
SPPBS tak siap lagi.

Dingin malam hampiri pagi
bahang panas di dalam hati
SPPBS tak siap lagi
nak buat macam mana ni?

Pelbagai aduan berhubung SPPBS telah disuarakan para guru sejak ia mula dilaksanakan Kementerian Pelajaran.

Antara rungutan yang kerap dikemukakan adalah ‘bandwidth’ laman KPM yang terhad mengakibatkan  sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk diakses ratusan ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama.

“Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang.  Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru,” ujar seorang guru yang mahu dikenali sebagai Guru IT kepada Harakahdaily

Beliau mencadangkan supaya ‘bandwidth server’ untuk para guru mengakses sistem di tambah.

“Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia akses pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) mengambil kira perkara ini?” kesal beliau.

Dalam perkembangan berkaitan KPM menerusi laman web sppbs.moe.gov.my menyiarkan pengumuman dua perenggan bagi menjawab rungutan warga guru berhubung SPPBS.

Pengumuman itu antara lain menyebut:

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.

Tidak perlu bersusah payah nak menjual barang…

Tidak perlu juga nak pandai bercakap dan hadir meeting malam2…

Cuma dengan modal RM70 sahaja…

Jika kita rajin kita akan mendapat bonus….RM1000 hingga RM5,000 sebulan

Ada yang dah capai RM100,000..

Pasti anda teruja….nak tahu lebih lanjut sila

Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan

[] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra

Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan!

♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah

♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG 🙂

 

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s