Roboh Pekan Rabu untuk dibina semula

Roboh Pekan Rabu untuk dibina semula
3 Ogos 2013
  • mukhriz
< 1 / 1 >

ALOR SETAR – Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

“Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal,” kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.

Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.

Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.

Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.

Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. – Bernama

1,000,000 Rakyat Malaysia Mahu Bebas Kemiskinan Tegar 2013* Jana Side Income RM5,000 Sebulan!  X perlu jual barang & X perlu pandai bercakap=hanya klik website sahaja!! DAFTAR PERCUMA DI SINI:    http://bit.ly/jutawancash >BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! 1 klik dapat RM100! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s