Rasulullah haramkan mutaah

Rasulullah haramkan mutaah

WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Julai 2013
Rasulullah haramkan mutaah
Ustaz Nazmi Mohamad Karim

SHAH ALAM – Perkahwinan mutaah oleh pengikut ajaran Syiah berlaku atas alasan menghindari zina, sebaliknya perkahwinan sebegitu diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya.

Pendakwah, Ustaz Nazmi Mohamad Karim berkata, hukum yang mengharamkan pernikahan itu bersandarkan hadis daripada Ali bin abi Thalib yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mutaah dan memakan daging keldai jinak pada perang Khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani.

“Tetapi golongan tanpa ilmu sering menggunakan alasan demikian, yang jelas cetek ilmu pengetahuan berkaitan agama. Nikah mutaah berlangsung tanpa wali dan akad dan ini tidak sah selama-lamanya” katanya.

Bagaimanapun, jelas Nazmi, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada pernikahan seumpama itu berlaku atau pun tidak melibatkan pengikut Syiah di negara ini.

“Nikah mutaah adalah harus di sisi Mazhab Ja’fariyyah (Syi’ah). Manakala fuqaha’ ahli sunnah sepakat mengatakan nikah mutaah adalah haram dan batil. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW membenarkan nikah mutaah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman jahiliah ketika itu.

“Kemudian ia diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang,” katanya.

Nazmi berkata, sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari Kiamat.

“Justeru, hukum muktamad nikah mutaah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam daripada semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi,” jelas beliau.

Dapatkan Kedai Online Anda Jana Income RM5,000 Sebulan! Jadikan Laptop Anda Sumber Pendapatan Sambilan Anda Yang Lumayan! Daftar Percuma di http://bit.ly/jutawancash >>> JANA DUIT RAYA EKSPRESS RM10,000~like & share

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s