‘Cina mahu zakat’ satu hasutan bahaya – Teresa

‘Cina mahu zakat’ satu hasutan bahaya – Teresa

 

Harakahdaily, 09 Ogs 2013

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam).

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.

Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya dipetik Roketkini.

Menurutnya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘azan’.

PROGRAM BUAT DUIT TUNAI DAN CASH RM5,000 SEBULAN DARI RUMAH ANDA! 100 KEKOSONGAN SEGERA KERJA SAMBILAN DIRUMAH LUMAYAN~JADIKAN FACEBOOK-GOOGLE-EMAIL ANDA MESIN MENJANA KEWANGAN ONLINE 100%-BONUS TERUS MASUK AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM! 1 klik dapat RM100! 100 KLIK ANDA DAPAT RM10,000 SEBULAN! Join sekarang! Jana RM500 dalam 24 jam! DAFTAR PERCUMA DI SINI:  http://bit.ly/jutawancash  >Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s