Firdaus: ‘Mahu ke kubur ayah sendiri’ NUR FARHANA ABDUL MANAN 7 Ogos 2013

  • Mahu ke kubur ayah sendiriMangsa disahkan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang ketika dalam perjalanan dipercayai menuju ke rumah abangnya, di Nilai.
< 1 / 1 >

SERDANG – Gurauan seorang remaja lelaki yang memberitahu ibunya dia tidak mahu ke pusara ayahnya 1 Syawal nanti rupanya petanda akhir sebelum mangsa maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), awal pagi kelmarin.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar baju Melayu dibeli kepada abangnya yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan.

Sumber berkata, ibu mangsa sebelum itu memintanya supaya tidak ke mana-mana pada pagi hari raya pertama nanti dan mengajak mangsa ke pusara bapanya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mahu mengikut perancangan ibunya dan bercadang ke pusara ayahnya bersendirian.

Mangsa, Muhammad Firdaus Ahmad Zahir, 15, kemudian dikatakan keluar dari rumah dan memberitahu ingin membeli keperluan pakaian hari raya.

Selesai membeli baju Melayu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu memakai pakaian itu dan mahu memberikan kepada abangnya.

Kata sumber, mangsa yang menetap bersama ibunya di Balakong kemudian menunggang motosikal bersendirian dipercayai menuju ke rumah abangnya kira-kira jam 3.30 pagi.

Nasib tidak menyebelahinya apabila dia dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 307.8, Lebuhraya Plus dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban berhampiran Hentian R&R Serdang di sini.

“Akibat rempuhan itu mangsa terpelanting ke atas jalan dan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

As-Salam=PROJEK DANA RAKYAT MEWAH=JUTAWAN PENGGUNA BIJAK~ 100 ahli TERAWAL DAFTAR PERCUMA!  tukar wang anda dari RM70 jadi RM5,000 setiap bulan secara auto! 100% online! X perlu jual barang & X perlu pandai bercakap=hanya klik website sahaja! Baca iklan dan sebar di facebook dan email anda jana wang RM100,000! DAFTAR PERCUMA DI SINI:  http://bit.ly/jutawancash  >Like ✔ Share ✔ Tag ✔ Comment

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s