MH370: Tubuhkan segera RCI – Tian Chua…MENGAPA BANGKAI PESAWAT TAK DIJUMPAI HINGGA KINI???

Image

Rawatan Bekam Sunnah Az-Zahra SUBANG BESTARI


MH370: Tubuhkan segera RCI – Tian Chua

LYN NASIR | 08 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar) berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.

Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.

“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.

“Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,

“Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul,” katanya ketika dihubungi.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC…

View original post 472 more words