PR yakin PAS mampu pertahan Sungai Limau

PR yakin PAS mampu pertahan Sungai Limau

 

Muhammad Faizal, 24 Okt 2013

 

JERAI: Pemimpin Pakatan Rakyat yakin dengan rekod yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dan kekuatan jentera PAS, parti itu mampu mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati, keputusan PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu keputusan yang tepat serta dapat meneruskan amanah yang ditinggalkan Ustaz Azizan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ditemui menjelaskan imej yang ada pada Ustaz Azam menunjukkan beliau seorang yang peramah dan disenangi penduduk setempat.

“Melihat kepada imej yang ada kepada calon kita, Azam yang sentiasa murah dengan senyuman, berperibadian serta pengalaman dalam agama saya yakin rakyat menyenangi beliau.

“Pilihan yang tepat diberikan pada PRK kali ini dan saya pasti PAS mampu mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, faktor perpaduan yang ditunjukkan jentera Pakatan Rakyat pada kempen kali ini turut menjadi faktor keyakinan rakyat untuk terus mengekalkan pemimpin yang akan membawa suara rakyat serta berlatar belakang seperti Allahyarham Ustaz Azizan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang turut serta pada penamaan calon itu yakin dengan rekod yang ditinggalkan Ustaz Azizan, PAS akan mengekalkan kemenangan.

PKR yang turut menyediakan jentera seramai tiga ribu orang telah ditugaskan berkempen di lima Unit Peti Undi (UPU) yang dikatakan sebagai kubu kuat Umno

“Kita diberi tanggungjawab untuk membantu di lima UPU yang dikatakan sebagai kubu kuat Umno dan itu satu cabaran kepada PKR.

“Dalam pada itu saya cukup yakin dengan kemampuan PAS di kelima-lima UPU ini dan kami sekadar menbantu mengerakkan jentera, kita dapat lakukan kerja dengan mudah seterusnya mengekalkan kemenangan,” jelas beliau.

Ahli Parlimen Gombak itu juga turut yakin selain dari kerjasama antara jentera Pakatan Rakyat dibantu pula dengan faktor calon, PAS akan memperolehi majoriti yang lebih baik.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Sim Chee Keong memberitahu DAP sudah bersiap sedia untuk memberi sokongan padu kepada PAS untuk kempen PRK Sungai Limau.

Katanya, DAP akan memberi tumpuan khusus kepada kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu.

“Kita telah bersedia untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada PAS.

“Gerak kerja kita meliputi semua kawasan, namun tumpuan yang khusus kita akan berikan kepada kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu yakin walaupun mempunyai pengundi Melayu mempunyai majoriti yang besar, namu kematangan politik negara ini masyarakat Sungai Limau mampu menerima kehadiran DAP dan seterusnya menghapus politik perkauman yang dimainkan oleh Umno selama ini.

Ketika ditanya tentang calon, beliau berkata pilihan yang dibuat oleh PAS amat tepat kerana bukan sahaja merupakan anak tempatan tetapi mampu meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Ustaz Azizan sebelum ini.

 

 

Rahsia Double Income (GANDA WANG) Ajaib

=jadikan internet Perigi Duit Anda

=Jom Jana Bonus RM300,000 Sekarang!

DAFTAR percuma

di  http://bit.ly/cashjutawan

♥|LIKE|SHARE|♥

 

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT 🙂

Leave a comment