PCA: Tahan tanpa bicara tidak Islamik – Sinar Harian

PCA: Tahan tanpa bicara tidak Islamik – Sinar Harian.

  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan penahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun yang dipinda dan diluluskan pada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai tidak Islamik.

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam.

Izzah menafikan penentangan itu demi kepentingan pembangkang semata-mata.

“Pada saya, ia bukan soal kami semata-mata, tapi soal kebenaran. Ini bukan soal nak selamatkan diri.

“Kadang-kadang kita berjuang menentang satu-satu rang udang-undang kerana ia sesuatu yang harus diperjuangkan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, hari ini.

Mengulas lanjut soal itu, beliau turut menyentuh berhubung kebanyakan pemimpin pembangkang yang menjadi mangsa penahanan di bawah akta seperti ini.

“Pertamanya, penahanan tanpa bicara, ini tidak Islamik. Nak banding dengan Amerika Syarikat (AS)? Yang mana kita benci, yang mana zalim. Sudah tentu kita tentang.

“Keduanya, kami bukan pengganas. Kami bukan ‘geng-geng’ yang buat jenayah. Kami bukannya penjenayah. Kenapa kami harus ditahan? Bukankah itu satu kezaliman? Saya tak faham logik itu,” katanya.

Tambahnya, “bukankah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) itu untuk menyelamatkan keadaan…katanya, dengan menangkap penjenayah yang tegar. Jadi, dimanakah konteks pembangkang itu diletakkan?”

Selain parti pembangkang, pindaan akta tersebut turut mendapat tentangan pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Dapatkan Formula Jutawan Internet~Produk+Bisnes Anda+Web Iklan=Jana RM100,000, daftar percuma di http://bit.ly/jutawancash   >> X jual barang, x perlu bercakap, x payah buat loan=DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA! >Like n Share. Tq

 

>RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra  |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERKAT 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s