Laporan Ketua Audit Negara culas – Sinar Harian

Laporan Ketua Audit Negara culas – Sinar Harian.

  • Datuk Seri Ahmad Shabery CheekDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

“Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

“Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS,” katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

 Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

“Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.

“Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara,” jelasnya.

Jom Buat duit RAYA AIDIL ADHA RM30,000 Segera!

DELIMA COLLAGEN POWER~cantikkan KULIT lelaki & wanita!

100 Agen Diperlukan Seluruh Malaysia!

100% Bisnes Online Jana RM500 – RM5,000 Sebulan Dari Rumah Anda!

Sistem Automasi Online 100%

Daftar Percuma di http://bit.ly/jutawancash

>Like & Share Info. TQ

 

>ANDA STRESS? MIGRAIN? SAKIT BADAN & SENDI? GOUT? HYPERTENSION? ATASI MASALAH KESIHATAN DENGAN BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA DENGAN KAEDAH BEKAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra   |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG MEMERLUKAN RAWATAN…:) istimewa bekam wanita SABTU & AHAD SAHAJA! “NABI SAW BERSABDA DENGAN BEBEKAM MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. INSHA ALLAH…SETIAP SUNNAH NABI SAW PASTI ADA KEBERKATANNYA-AAMIIN….:) “  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s