Jangan buat fitnah! – Sharnaaz Ahmad – Sinar Harian

Jangan buat fitnah! – Sharnaaz Ahmad – Sinar Harian.

  • Jangan buat fitnah! - Sharnaaz Ahmad
< 1 / 2 >

DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

“Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.
“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

“Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti,” akhirinya.

Jawatan Eksekutif Pemasaran Online=jana RM100 harian dengan hanya perkenalkan website syarikat, terbuka kepada semua rakan facebook saya, daftar percuma di http://bit.ly/jutawancash >> $$ JOM BEBASKAN HUTANG=JANA RM1,000 SEMINGGU HANYA KLIK WEB!

 

>ANDA STRESS? MIGRAIN? SAKIT BADAN & SENDI? GOUT? HYPERTENSION? ATASI MASALAH KESIHATAN DENGAN BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA DENGAN KAEDAH BEKAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra     |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG MEMERLUKAN RAWATAN…:) istimewa bekam wanita SABTU & AHAD SAHAJA! “NABI SAW BERSABDA DENGAN BEBEKAM MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. INSHA ALLAH…SETIAP SUNNAH NABI SAW PASTI ADA KEBERKATANNYA…AAMIIN….:) “  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s