Rashid: Tolong ubah sikap – Sukan – Sinar Harian

Rashid: Tolong ubah sikap – Sukan – Sinar Harian.

  • Rashid SidekRashid Sidek
< 1 / 1 >

SETELAH 11 hari menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rashid Sidek secara rasminya kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, semalam.

Bagaimanapun, Rashid yang bersetuju untuk kembali membimbing skuad negara itu mempunyai pesanan ‘khas’ kepada BAM agar insiden yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang lagi dalam badan induk itu.

Rashid yang berharap insiden sebelum ini dijadikan pengajaran oleh BAM menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengulangi tindakan yang sama sekiranya badan induk itu masih tidak insaf dan mengulangi perkara sama.

“Saya kembali semula selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menasihatkan saya kembali semula … Menteri menyuruh saya kembali semula memandangkan tidak ada masalah lagi (di BAM).

“Jadi saya balik untuk membantu pasukan kebangsaan dan ia bukan satu masalah buat saya, nak kata saya menyesal buat keputusan ini tidak juga kerana yang saya sayangkan kerja ini. Saya juga mengharapkan keadaan masa depan yang lebih bagus.

“Oleh itu, saya mahu lupakan apa yang berlaku dan kini berfikiran positif untuk membantu badminton negara, cuma apa yang saya harapkan BAM tidak akan lagi menganggu tugas jurulatih selepas ini kerana sekiranya ia terus berulang, mungkin perkara sama juga akan berlaku nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rashid meletakkan jawatan pada 19 September lalu gara-gara tidak berpuas hati dengan perubahan dibuat oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong terutama dalam sistem kejurulatihan.

Rashid merubah fikiran selepas pengurusan BAM menukar kembali sistem kejurulatihan Isnin lalu, yang disifatkannya sebagai lebih positif.

Rashid juga menasihatkan BAM agar sering berkomunikasi dengan jurulatih sekiranya mempunyai masalah kerana jalan terbaik menyelesaikan masalah adalah dengan duduk bincang.

Ini kerana katanya, bukan hanya seorang individu sahaja yang berhak membuat keputusan muktamad sehingga tidak mempedulikan pendapat orang lain.

“Saya akui setiap orang ada pandangan masing-masing, tapi dalam BAM kena ada tolak ansur dan bekerjasama. Setiap masalah harus duduk berbincang secara bersama dan selepas itu baru membuat keputusan.

“Apa yang penting sebagai seorang jurulatih ialah dapat bekerjasama baik dengan pemain, jurulatih lain dan juga pihak pengurusan,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu.

Ditanya sama ada berasa janggal setelah kembali semula menyertai BAM, Rashid berkata: “Tiada apa yang perlu dijanggalkan, saya hanya melakukan tugas dengan  melatih pemain negara.

“Yang penting kerja saya tidak diganggu oleh pihak lain.”

Salam, Jom Jadikan Facebook Anda Jana RM100 Harian Setiap Kali Login! Program Jutawan Klik Iklan Internet hebat Malaysia! Raih pendapatan dari RM500-RM14,000 Sebulan! Daftar percuma di http://bit.ly/jutawancash   >>DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA!

 

>ANDA STRESS? MIGRAIN? SAKIT BADAN & SENDI? GOUT? HYPERTENSION? ATASI MASALAH KESIHATAN DENGAN BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA DENGAN KAEDAH BEKAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra     |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG MEMERLUKAN RAWATAN…:) istimewa bekam wanita SABTU & AHAD SAHAJA! “NABI SAW BERSABDA DENGAN BEBEKAM MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. INSHA ALLAH…SETIAP SUNNAH NABI SAW PASTI ADA KEBERKATANNYA…AAMIIN….:) “  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s