Audit: Kos kempen di Facebook, Twitter tidak wajar – Sinar Harian

Audit: Kos kempen di Facebook, Twitter tidak wajar – Sinar Harian.

  • Audit
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Beberapa kelemahan dikesan dalam aktiviti pendidikan kesihatan termasuk kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bernilai RM320,000 yang tidak wajar, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurut laporan itu, kos kempen ‘Tak Nak Merokok’ dibuat oleh sebuah syarikat melibatkan akaun Facebook bernilai RM199,068 bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dengan bilangan 100,000 ‘like/fans’.

Bagi kempen ‘Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit’, ia dilakukan melalui akaun Facebook dan Twitter oleh syarikat lain berjumlah RM120,500.

Skop kerja kedua-dua kontrak hampir sama namun harga yang ditawarkan berbeza.

“Selepas kontrak tamat didapati kandungan dalam laman sosial tidak dikemas kini KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” menurut laporan itu.

Ketua Audit Negara berkata, KKM seharusnya menimbangkan kewajaran kedua-dua sebut harga bagi kempen melalui Facebook dan Twitter kerana terdapat persamaan maklumat dalam sebut harga dan memastikan laman sosial berkenaan sentiasa relevan dan kemas kini.

Ketua Audit Negara turut menegur kempen KKM menerusi pengagihan barangan dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak sesuai.

“Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan ‘Smoking, A Stupid Habit for Stupid People’ tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar,” menurut laporan itu.

Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi RM31,200.

Pada satu kempen, penggunaan bait perkataan ‘KE ARAH ELIMINASI TRANSMISI VERTIKAL’ pada papan iklan kempen HIV/Aids di sebuah klinik kesihatan di Kelantan memaparkan mesej yang sukar difahami masyarakat setempat.

“Pada pendapat audit, KKM hendaklah menekankan penggunaan laras bahasa, ejaan yang betul dan penyampaian mesej yang mudah difahami,” menurut laporan itu. – Bernama

Terbaru! Delima Collagen Untuk Awet Dara~Gebu~montok~wangikan miss V!

Orange Collagen~Kopi 18SX Tarong Suami Perkasa~Losyen  Butal Tahan Lama

~Minyak Kelapa Dara=Anti virus, bakteria, fungus & kanser!

100 Agen Diperlukan Seluruh Malaysia!

100% Bisnes Online Jana RM500 – RM5,000 Sebulan Dari Rumah Anda!

Sistem Automasi Online 100%~PROJEK DUIT RAYA RM100,000!

Daftar Percuma di http://bit.ly/jutawancash

 Like & Share Info. TQ

 

>ANDA STRESS? MIGRAIN? SAKIT BADAN & SENDI? GOUT? HYPERTENSION? ATASI MASALAH KESIHATAN DENGAN BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA DENGAN KAEDAH BEKAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. RAWATAN BEKAM TERUS KE RUMAH ANDA K.LUMPUR & SELANGOR~ Appointment dan tempahan bekam SMS BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN>https://www.facebook.com/bekamAzZahra    |LIKE|SHARE| INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG MEMERLUKAN RAWATAN…:) istimewa bekam wanita SABTU & AHAD SAHAJA! “NABI SAW BERSABDA DENGAN BEBEKAM MENYEMBUHKAN 72 JENIS PENYAKIT. INSHA ALLAH…SETIAP SUNNAH NABI SAW PASTI ADA KEBERKATANNYA…AAMIIN….:) “  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s