Polis buru suami pukul isteri dalam lif MOHD ISKANDAR OTHMAN 14 Ogos 2013

  • Pukul Bini
 1 / 1 
GEORGETOWN – Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

“Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

“Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terbaik Extra Income September 2013 Pantas=Program Xpress jana RM5,000 segera! JOIN NOW FREE! SETIAP AHLI DAFTAR DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai!! VIP DAN MULA AKTIFKAN DIRI ANDA DENGAN KEDAI ONLINE Speedrich99~jana duit pantas RM10,000! TEKNIK JADIKAN FACEBOOK DAN BLOG ANDA MESIN MENCETAK WANG RM1 JUTA SEKARANG! DAFTAR PERCUMA DI SINI: http://bit.ly/jutawancash  >>20 OGOS 2013~selasa 9PM~HQ K.LUMPUR=JEMPUTAN PELUANG ANDA BOSS JUTAWAN INTERNET 2013! SESI BERSAMA JUTAWAN INTERNET~100 PESERTA TERAWAL SILA TEMPAH TEMPAT SEBELUM TERLEWAT! TEKNIK MENJANA INCOME RM100,000!  >>mohon Like –[”Ya Allah Murahkanlah rezeki sesiapa yg LIKE & Share maklumat ini dan bebaskanlah dirinya dari hutang dan kesusahan dunia & akhirat”] Aamiin 🙂  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s