Metallica: Surat terbuka buat YB Khairy

Metallica: Surat terbuka buat YB Khairy

Ahmad Nazri Khamis,
Buat YB, Menteri Belia dan Sukan

Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.

Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?. Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada Mengubati

Semoga Allah beri hidayah kepada YB.

Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi  (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor

Baru lancar! Sistem TURBO CASH-Gabungan Facebook dan Blog Kedai Online bantu anda JANA RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! SETIAP AHLI DAFTAR ke Speedrich99 DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai!! Sistem mantop Affiliate Jutawan Internet jana RM40,336 sambil minum kopi 18SX Kopi Tarong dan Collagen Awet Muda Delima! DAFTAR PERCUMA DI SINI: http://bit.ly/jutawancash  >>copy n paste iklan jana RM1,000 seminggu!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s