Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup – Sinar Harian

Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup di Tumpat

TUMPAT – Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.
   
Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.
  
“Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.
   
“Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.
   
Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham, yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah mertuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.     

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat.
   
Norliana Nazihah berkata kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam semalam selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota Baharu.
   
Beliau dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang ini namun menangguhkannya susulan kejadian itu.
   
Sementara itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tiba pada 4 petang tadi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. – Bernama

Bonus Mingguan Selasa Dan Rabu RM1,000! Orang biasa pun boleh berjaya sebagai Agen Online Duit PANTAS INTERNET! MAGNET TARIK DUIT KE AKAUN BANK ANDA-JANA RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! SETIAP AHLI DAFTAR DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai RM100!! Pemdapatan pasif setaip bulan RM40,336,00 hanya perkenalkan kedai online anda kepada 7 rakan pengguna facebook sahaja! Wow! Lumayan-DAFTAR PERCUMA DI SINI:  http://bit.ly/jutawancash  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s