Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan

Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
(Mendan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator)


MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba’ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik.

Ianya dipercayai angkara pihak berkuasa yang mahu memberi tekanan berterusan kepada penyokong Dr Muhammad Morsi yang berkampung dan menakluki kawasan di situ sejak sebulan lalu.

Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.

Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik.

Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi.

Kesemua mereka mahu bergabung dengan jutaan penunjuk perasaan di medan tersebut yang mana sedang diancam dengan serbuan serta penyeleraian dengan kekerasan oleh para perampas kuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis Mesir dilaporkan telah menyerbu kediaman salah seorang pemimpin Ikwan Muslimin awal pagi tadi.

Difahamkan sebuan ke kediaman Sobhi Soleh di Iskandariah dibuat kira-kira jam 3.15 pagi tadi, bagaimanapun Sobhi tiada di rumah kecuali seorang anak perempuannya.

Sumber Nabat Rabaah menyebut, polis menahan anak perempuan Sobhi yang juga seorang doktor untuk mengetahui dimanakah kedudukan bapanya.

Bonus Mingguan Selasa Dan Rabu RM1,000! Orang biasa pun boleh berjaya sebagai Agen Online Duit PANTAS INTERNET! MAGNET TARIK DUIT KE AKAUN BANK ANDA-JANA RM500 SEHARI! JOIN NOW FREE! SETIAP AHLI DAFTAR DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai RM100!! Pemdapatan pasif setaip bulan RM40,336,00 hanya perkenalkan kedai online anda kepada 7 rakan pengguna facebook sahaja! Wow! Lumayan-DAFTAR PERCUMA DI SINI:  http://bit.ly/jutawancash  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s