Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah

Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah

Steven Sim Chee Keong, 10 Ogs 2013
JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini.

Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020.

Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.

Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.

Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar.

Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga  2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.

Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM.

1) Menjadikan “melawan jenayah” sebagai fungsi utama PDRM

Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.

Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.

2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas

Bagi mencapai misi “melawan jenayah”, maka saya menyarankan semua pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.

Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.

Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).

3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis mengendalikan urusan pejabat

Pada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja pengurusan termasuk kerja pentadbiran.

Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas “core business” PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.

4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik tetapi berdasarkan prestasi.

Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam terhadap PDRM. – Roketkini.com


Kerja Sambilan Lumayan Internet Dan email=Tambahan gaji RM5,000 sebulan! Transformasi ekonomi rakyat Malaysia bebas kemiskinan tegar! Wang persaraan RM500,000 dari facebook dan email anda! SETIAP AHLI DAFTAR DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai RM100!! DAFTAR PERCUMA DI SINI: http://bit.ly/jutawancash  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s