Apa muslihat Nurul Izzah lancar buku Pak Lah?

Apa muslihat Nurul Izzah lancar buku Pak Lah?

 

Harakahdaily, 10 Ogs 2013

 

KUALA LUMPUR: Keghairahan orang ramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

“Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Di Malaysia pula, ujarnya buku itu akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri.

Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

“Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura,” tulis Shahbudin lagi.

Biasanya, ujar beliau buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya.

Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

“Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?” ulas Shahbudin.

Kerja Sambilan Lumayan Internet Dan email=Tambahan gaji RM5,000 sebulan! Transformasi ekonomi rakyat Malaysia bebas kemiskinan tegar! Wang persaraan RM500,000 dari facebook dan email anda! SETIAP AHLI DAFTAR DALAM RANGKAIAN ANDA DIBAYAR 100% tunai RM100!! DAFTAR PERCUMA DI SINI: http://bit.ly/jutawancash  

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s